ARTIKEL

Para peminat berpeluang bertemu pempengaruh XK Penjahat (Sofian Sultan) pada sesi bertemu peminat sempena sambutan ulang tahun ke-10 MLBB. | Kredit foto: MOONTON Games

Kuching antara 10 lokasi global MLBB, sasar 10,000 pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching menjadi antara 10 lokasi di seluruh dunia yang menganjurkan sambutan ulang tahun ke-10 Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), sekali gus menyasarkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

Ketua Penerbitan, Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Kampus MOONTON Games, Jeffery Chan berkata, sambutan itu turut diadakan di beberapa lokasi lain, termasuk Surabaya, Indonesia, serta Filipina dan Vietnam.

BERCAKAP… Ketua Penerbitan, Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Kampus MOONTON Games, Jeffery Chan ketika ditemui Suara Sarawak. | Kredit foto: MOONTON Games

Katanya, Sarawak sememangnya antara lokasi yang ingin dikunjungi pihaknya sebelum peluang menganjurkan sambutan berkenaan di Kuching menjadi kenyataan.

“Selain itu, lokasi ini dipilih untuk meneroka tempat baharu yang belum pernah kami kunjungi, sekali gus mengiktiraf komuniti peminat MLBB di Sarawak,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Salah seorang peminat berkesempatan bertemu pemain Selangor Red Giants (SRG), Sekyss, sempena sambutan ulang tahun ke-10 MLBB.

Sambutan di Kuching amat menggalakkan apabila 3,000 tiket jualan awal habis terjual dalam tempoh singkat.

Malah, hari pertama penganjuran pada Jumaat menyaksikan kehadiran pengunjung yang ramai walaupun acara berlangsung pada hari persekolahan.

Pertunjukan kostum wira MLBB sempena sambutan ulang tahun ke-10 permainan itu. | Kredit foto: MOONTON Games

Susulan sambutan itu, beliau menjangkakan lebih 10,000 pengunjung menghadiri karnival yang berlangsung di pusat beli-belah Vivacity dari 9 hingga 11 Oktober.

Pelbagai aktiviti dianjurkan bagi meraikan peminat yang menyokong perkembangan MLBB sepanjang sedekad lalu, termasuk perhimpunan 133 wira permainan itu menerusi pertunjukan kostum oleh komuniti cosplay tempatan.

Pada hari kedua, peminat berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan secara langsung antara pasukan Saiyan dengan Bigetron MY by Vitality (BTRM).

Karnival itu turut menampilkan persembahan artis tempatan, termasuk Ara Johari, Ismail Izzani, SonaOne dan Insomniacks, selain penyampaian Anugerah Pencipta Kandungan MLBB 2026 pada hari terakhir bagi mengiktiraf sumbangan pencipta kandungan terhadap perkembangan industri permainan dan kandungan digital Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU