ARTIKEL

Kuching, antara bandar raya terbersih di dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching, ibu negeri dan bandar terbesar di Sarawak berada pada kedudukan tangga ke-14 bandar terbersih di dunia.

Ia berdasarkan sumber daripada laman sesawang IQAir, portal laporan kualiti udara ‘real time’ bandar di seluruh dunia. Kebersihan bandar raya ini telah diukur berdasarkan kualiti udara terkini.

Kuching telah mencatat jumlah 25 mata indeks AQI (air quality index) yang menunjukkan kualiti udara di bandar raya ini adalah baik.

Kuching menduduki tangga ke-14 bandar terbersih di dunia menurut laman sesawang IQAir. (SUMBER: IQAir)

Bukan itu sahaja, kedudukan Kuching juga berada di atas Kuala Lumpur meskipun Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia.

Kuala Lumpur mencatat kedudukan tangga ke-62 bandar paling bersih di dunia dengan indeks kualiti udara sebanyak 62 mata yang menjadikan kualiti udaranya sederhana.

Sehubungan itu, Kuching turut direkodkan mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di Malaysia Timur.

Bandar raya Kuching dibahagikan kepada dua iaitu Kuching Utara dan Kuching Selatan, masing-masing ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Justeru, hasil inisiatif kedua-dua majlis ini, bandar Kuching berjaya merangkul beberapa anugerah bandar terbersih misalnya daripada Majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN, baru-baru ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU