ARTIKEL

Kuching City FC bawa masuk pemain baharu, perkukuh pasukan untuk saingan musim akan datang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kuching City FC kini dalam perancangan memperkukuh pasukan bagi musim akan datang dengan membawa masuk beberapa pemain baharu, termasuk bakat muda dari Sarawak.

Presiden Kuching City FC, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, berkata sekurang-kurangnya tiga pemain telah dikenal pasti untuk menyertai pasukan tersebut.

“Antaranya ialah anak Sarawak yang cemerlang dalam bola sepak,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai pemain tersebut, namun memberi bayangan bahawa pasukan akan mengumumkan perkara itu sebaik sahaja rundingan dimuktamadkan.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan bahawa jurulatih Aidil Sharin Sahak akan terus bersama pasukan untuk musim depan dan telah memberikan cadangan nama pemain yang berpotensi untuk dibawa masuk.

Dalam saingan musim ini, Kuching City FC masih mempunyai dua perlawanan berbaki dan berada dalam kedudukan ketiga bersaing rapat dengan Sabah FC dan Terengganu FC.

Beliau juga menyokong sebarang usaha memperkasakan bola sepak di Borneo, termasuk cadangan penubuhan Gagasan Bola Sepak Borneo, namun menekankan kepentingan pembangunan bola sepak tempatan di Sarawak.

Dengan langkah Kuching City FC memperkukuh pasukan, peminat bola sepak Sarawak pasti menantikan kejutan yang bakal diumumkan kelak.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha