Pulau Pinang: Skuad Kuching City FC memulakan kempen Piala Malaysia 2024 dengan langkah kanan setelah membenam Penang FC 1-0 pada aksi pertama pusingan kalah mati di Stadium Batu Kawan malam tadi.
Gol tunggal dijaringkan oleh Muhammad Ramadhan pada minit ke-44, dengan merembat masuk hantaran cantik Thtche Kipre.
Kuching sepatutnya boleh menang lebih satu gol, namun beberapa lagi peluang terlepas begitu sahaja.
Namun kemenangan tersebut cukup bermakna, sebagai bekalan untuk aksi kedua di Stadium Negeri pada 30 November nanti.


