ARTIKEL

Kuching City korbankan raya, mengejar masa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HANYA tinggal empat hari lagi, Kuching City FC (KCFC) akan menentang Terengganu FC II di Stadium Negeri (Sabtu ini).

Yang pasti, anak-anak buah Irfan Bakti kini bergelut, mengejar masa membuat persiapan yang pastinya ‘belum sempurna’. Malah rehat sempena Hari Raya Aidiladha juga terpaksa dikorbankan.

Bayangkan pasukan ini hanya mula berlatih penuh pada 17 Julai lalu, setelah lebih dua bulan ‘duduk di dalam rumah’ angkara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif KCFC Iswandy Ali Hassan berkata, persiapan pasukan tidak mencukupi kerana masa amat terhad untuk menjalani latihan bersama.

“Kami hanya berlatih bersama pada April lalu, dan kini sudah pun Julai… jadi kami berehat lebih dua bulan.

“Memang ada latihan secara maya, namun ia tidak mencukupi dan berbeza sama sekali dengan latihan berpasukan di padang,” ujar Iswandy yang dihubungi Arena Suara Sarawak, semalam.

Menurutnya, oleh kerana masa semakin suntuk, maka para pemain juga dikerah berlatih petang ini, walaupun masih dalam keadaan sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Ia merupakan cabaran yang sukar, namun kami tetap menjanjikan aksi terbaik dan ia bukan alasan untuk kami mudah menyerah,” ujarnya.

KCFC menjalani latihan di Stadium Negeri setelah permohonan menjalani latihan berpasukan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBNS).

Sementara itu, jurulatih KCFC, Irfan Bakti menjelaskan mereka melakukan apa yang patut dalam latihan kuran sepuluh hari itu.

“Sudah pasti kami fokus kecergasan, dan memperbaiki kelemahan secepat mungkin. Kami mesti gigih dan tabah mengharunginya,” ujar Irfan.

Yang pasti, KCFC agak lega, kerana penyerang import baharu, Michael Ijezie Chukwubunna, 32, turut bersama pasukan, dan akan menjadikan senjata penting Sabtu ini. Ijezie merupakan bekas pengempur pasukan Langkawi City FC.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha