ARTIKEL

Foto Facebook Kuching City FC

KUCHING CITY PANJAT TANGGA KETIGA, JDT TERUS UNGGUL TANPA KEKALAHAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kuching City FC mencatat kemenangan berharga selepas menundukkan Selangor FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Kuching City memanjat ke tangga ketiga liga dengan berkongsi 36 mata bersama Sabah FC di posisi keempat.

Pasukan tuan rumah memulakan perlawanan dengan penuh bertenaga dan berjaya membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Ramadhan Saifullah Usman pada minit ke-26, justeru meraih kelebihan awal.

Selangor yang mengesahkan status sebagai naib juara, bangkit menyamakan kedudukan menerusi gerakan serangan balas yang disudahkan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-50.

Kuching City akhirnya menarik nafas lega apabila Jimmy Raymond muncul wira pasukan selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-84, sekali gus membawa pasukan itu ke tempat ketiga liga, mengatasi Sabah dan Terengganu FC di tempat kelima, dengan mengutip 32 mata.

Pasukan pelawat cuba bangkit di penghujung perlawanan, namun kekentalan barisan pertahanan Kuching City memastikan kelebihan satu gol kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Sementara itu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, juara liga Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Penang FC 3-0. – BERNAMA

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan