Kuching City terkulai di Larkin

HASRAT Kuching City FC (KCFC) untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata tidak kesampaian setelah tewas 3-1 kepada JDT II dalam aksi Liga Premier 2021 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.

Walaupun mendahului 1-0 pada minit ke-21 menerusi penyerang import dari Brazil, Hudson Dias, namun KCFC gagal menghalang asakan JDT II.

Gol-gol JDT II dijaringkan oleh kapten Nicholas Alberto Fernandez pada minit ke-48 manakala Muhamad Feroz Baharudin meledakkaan gol kedua pada minit ke-51.

Diterajui dua penyerang Malaysia, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid ternyata memberi kelebihan kepada JDT II.

Mereka adalah pemain skuad utama JDT, namun dibenarkan beraksi dengan pasukan kedua (JDT II), seperti yang tertakluk dalam peraturan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Begitu juga sebaliknya, pemain pasukan kedua, boleh beraksi dengan pasukan utama.

“Kami bermain baik pada babak pertama, dengan mematahkan serangan JDT,” kata pengemudi KCFC, Irfan Bakti. “Namun pada babak kedua, hanya selepas 10 minit para pemain kami keletihan.

“Situasi ini memudahkan JDT mengatur serangan dan menyumbat tiga gol hasil daripada sepakan sudut,” ujar Irfan. “Yang pasti, perjalanan sejauh 450 kilometer dari Terengganu ke Johor sedikit sebanyak meletihkan para pemain,” katanya. Mereka akan menghadapi cabaran yang lebih getir selepas ini, menentang Sarawak United FC malam esok di Stadium Hang Jebat.

….Untuk lebih banyak berita sukan dapatkan naskhah Suara Sarawak hari ini

Suara Sarawak