ARTIKEL

Semangat… Pasukan Kuching City FC dijangka akan bangkit pada perlawanan timbal balik Piala FA menentang DPMM FC.

Kuching City tidak sabar tunggu aksi timbal balik menentang DPMM FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Jurulatih Kuching City FC (KC FC), Aidil Sharin Sahak, enggan mengulas mengenai keputusan pengadil namun percaya anak buahnya telah memberikan aksi memuaskan ketika menentang DPMM FC pada Sabtu.

Kekalahan tipis 3-2 itu, katanya, menjadi pengajaran bermakna terutama kepada barisan pertahanan yang dilihat melakukan kesilapan mudah sehingga menghukum pasukan apabila lawan memanfaatkan peluang menjadi jaringan.

“Seperti biasa, kesilapan berlaku dan kita mempelajari sesuatu daripada perlawanan tersebut.

Menang atau kalah, ambil sesuatu perkara itu sebagai pengajaran.

“Inilah bola sepak, sebarang perkara mungkin terjadi. Kita dapat penalti tapi masih saja kita terlepas.

Peluang datang dan pergi, dan di masa inilah kita perlukan sokongan untuk kekal positif,” tegas beliau.

Aidil pada masa sama memberi jaminan bahawa anak buahnya akan beraksi lebih baik pada aksi timbal balik yang dijadualkan akan berlangsung pada September ini.

“Keputusan 3-2 masih belum tamat kerana kita masih ada baki satu perlawanan yang akan dilaksanakan di tempat sendiri.

“Saya positif tentang itu, dengan adanya sokongan penyokong kita di stadium, kita akan menantikan aksi timbal balik nanti,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan itu, beliau percaya DPMM FC mempunyai kekuatan tersendiri, ditambah kelebihan selaku tuan rumah, membuatkan mereka tampil dengan lebih bersemangat pada perlawanan pertama tersebut.

“Ini perlawanan pertama mereka di tempat sendiri, sudah pasti mereka ingin mendapatkan sesuatu, ditambah dengan kehadiran penyokong dan keluarga di sekeliling, mereka pasti bermain dengan baik berbanding dua perlawanan sebelum ini.

“Kali ini terbukti mereka pasukan yang bagus. Kita boleh nampak barisan serangan mereka bagus,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU