ARTIKEL

Kuching FA duta Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETUA jurulatih Felda United, Mohd Nidzam Jamil yang juga bekas pemain Malaysia menyifatkan pasukan bola sepak Kuching FA sebagai ‘duta’ Sarawak.

“Syabas Kuching FA! Mereka bermain dengan begitu bagus.

“Kami dibantu faktor nasib dan tuah untuk menang,” jelasnya.

Menurut Nidzam, barisan pertahanan Kuching FA begitu mantap, menyebabkan mereka sukar untuk menembusinya.

“Kuching bekerja keras. Mereka menguasai permainan sepanjang 60 minit pertama.

“Malah mereka mencipta lima peluang terbaik, namun mereka tidak bernasib baik,” kata Nidzam.
Nidzam menjelaskan perlawanan tersebut sepatutnya dimenangi pasukan Kuching FA.

Kuching FA tersingkir daripada saingan Piala FA setelah kalah 1-0 di tangan pasukan Liga Super, Felda United dalam aksi pusingan kedua di Stadium Negeri petang tadi.

Bekas pemain Sarawak, S. Chanturu muncul wira Felda apabila menjaringkan gol tunggal dalam masa kecederaan, minit ke-93.

SENGIT… Pemain Kuching, Mohd Azri Razali (kanan) menghalang pemain Felda dalam aksi di Stadium Negeri, Petra Jaya pentag taai. Foto GHAZALI BUJANG

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat