Kuching FA mahu melangkah jauh

SKUAD Liga Premier, Kuching FA bakal menghadapi tugas berat dalam kempen Piala FA, apabila diundi bertemu pasukan Liga Super, UiTM FC dalam saingan pusingan kedua Piala FA 2020.

Walaupun menyedari ia merupakan perlawanan yang sukar, namun mereka mahu melangkah jauh dalam kejohanan tersebut.

Dalam aksi kalah mati itu, Kuching FA akan beraksi di gelanggang lawan.

“Kami pernah menentang mereka ketika aksi persahabatan di Kuala Lumpur pertengahan Februari lalu (Kuching kalah 3-2),” kata penolong jurulatih, Ideris Untong.

“Jadi serba sedikit kita tahu kekuatan dan kelemahan mereka.

“Namun apa yang pasti, ia bukan perlawanan yang mudah, namun kami akan berusaha sedaya upaya untuk layak ke pusingan selanjutnya,” jelas Ideris.

Kuching FA sekarang ini dalam rangka persiapan rapi untuk aksi pertama Liga Premier 2020, menentang UKM FC di Stadium Sarawak Sabtu ini.

Ia merupakan ujian awal buat naib juara Liga M3 2019 itu.

Pasukan kali ini dibarisi sebahagian besar pemain musim lalu dan kemasukan beberapa muka baharu seperti Hudson Dias, Yuki Tanigawa, Tommy Mawat, Paul Sambang, Affry Shahrul Afendy dan Andy Nicolas Nipen.

UNDIAN PUSINGAN KEDUA

Selangor Lwn S’wak United FC
UiTM Lwn Kuching FA
S’wak Utd FC II Lwn T’gganu FC
Kedah Lwn Pahang
Sabah Lwn K. Lumpur
KL Rovers Lwn JDT
Felda Utd FC Lwn Kelantan Utd
Melaka Lwn Langkawi City
Markless ST Lwn Armed Forces
PJ City Lwn Imigresen FC
Kuatagh FC Lwn KSR Sains
NLFC-Mahsa Lwn PDRM
Perak Lwn KT Rovers
SSFC Lwn UKM FC
Kelantan Lwn Protap
P. Pinang Lwn N. Sembilan

Suara Sarawak