ARTIKEL

Wee dan Ernesto Ottone R., Penolong Ketua Pengarah UNESCO (Budaya)

Kuching Jadi Perhatian Dunia, Promosi Warisan Tempatan di Sidang UCCN 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERANCIS: Nama Kuching terus bersinar di persada antarabangsa apabila bandar raya ini diberi peluang mengetengahkan kejayaan dan inisiatif komuniti dalam bidang gastronomi serta budaya sempena Persidangan Tahunan UNESCO Creative Cities Network (UCCN) ke-17 di Enghien-les-Bains di sini.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng mewakili Malaysia dalam persidangan berprestij yang berlangsung dari 24 hingga 28 Jun itu.

Ujarnya, persidangan ini melibatkan lebih 350 bandar dari 100 negara di seluruh dunia merangkumi tujuh bidang kreatif di bawah UCCN.

“Dalam pembentangan pada Mayors’ Forum – sesi berprofil tinggi yang menghimpunkan 95 Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar dari seluruh dunia, kita mengetengahkan komitmen Kuching dalam mengangkat warisan tempatan sebagai pemacu pembangunan bandar yang lestari.

“Platform antarabangsa ini memberi peluang kepada Kuching untuk mengetengahkan bagaimana sebuah bandar di Borneo berjaya menterjemah Manifesto Braga dan agenda Mondiacult 2025 kepada program komuniti yang bersifat lestari serta berpaksikan warisan tempatan,” katanya.

Dengan tajuk “Dari Braga ke Borneo: Pelaksanaan Manifesto Braga melalui Gastronomi dan Budaya demi Menyokong Agenda Mondiacult 2025”, beliau berkongsi bagaimana Kuching berjaya memanfaatkan kekuatan gastronomi dan dasar budaya dalam memperkasa komuniti, menjana ekonomi, serta mengekalkan identiti tempatan.

“Kita mahu mengukuhkan komitmen bandar raya Kuching terhadap visi UNESCO yang menjadikan budaya sebagai kepentingan awam sejagat, serta peranannya dalam agenda pembangunan global pasca 2030.

“Ini bukan hanya sekadar mempertahankan warisan, tetapi memanfaatkannya untuk membina masa depan yang inklusif dan mampan,” katanya.

Sejak menerima pengiktirafan sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO pertama di Malaysia pada 2021, Kuching telah menerajui pelbagai program komuniti berteraskan makanan, budaya, dan kelestarian.

Penyertaan Kuching dalam UCCN turut memperkukuh kedudukannya sebagai rakan strategik dalam kerjasama rentas bandar dalam bidang gastronomi, kraf dan seni rakyat, reka bentuk, kesusasteraan, dan lain-lain.

Ia juga menjadi platform penting dalam menyokong visi UNESCO menjadikan budaya sebagai kepentingan awam sejagat dan elemen utama dalam agenda pembangunan global pasca 2030.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat