ARTIKEL

SIMBOLIK… Dr Abdul Aziz menyempurnakan simbolik perasmian.

Kuching kembali meriah dengan muzik Jazz Okttober ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching Jazz 2024 kembali menghangatkan peminat Borneo pada 4 hingga 5 Oktober depan dengan menampilkan barisan artis popular dalam genre muzik itu selama dua hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Hemisphere Corporation Sendirian Berhad, Mark Ferguson berkata, antara pemuzik tempatan yang akan turut serta dalam festival tersebut ialah Zee Avi, Swaiv dan Sang Timur.

Katanya, artis-artis antarabangsa akan diumumkan dari semasa ke semasa menjelang festival yang akan diadakan di Tebingan Sungai Kuching Grand Margherita berkenaan.

“Beberapa acara sampingan telah disusun atur antaranya, Kempen ‘Love in A Box’; Pertandingan Jazz; Kempen Derma Darah dan Makan Malam Gala Charity Jazz yang akan bermula dari 28 September sehingga sehingga 5 Oktober 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Laman Sesawang Festival Jazz Kuching 2024 yang dilancarkan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Mark berkata, orang ramai boleh membeli tiket dari laman sesawang Festival Jazz Kuching 2024 dengan harga bermula RM150.

Mark kemudiannya turut mengumumkan bahawa Kampung Budaya Sarawak (SCV) juga telah dilantik sebagai pengurusan acara untuk festival tahun ini.

“SCV bukan sahaja memelihara kepelbagaian budaya Sarawak tetapi telah berkembang menjadi penganjur acara utama dengan rekod prestasi yang luar biasa dalam pengurusan acara,” tambahnya.

Untuk rekod, Kuching Jazz bermula sejak 2017 dan merupakan sambutan bagi meraikan kepelbagaian muzik, menyatukan artis berbakat dari seluruh dunia untuk mempamerkan gabungan genre dan budaya.

Misi festival ini adalah meletakkan Sarawak dan Malaysia sebagai destinasi acara utama sambil menjadikan Kuching sebagai tempat tumpuan global peminat muzik genre jazz.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU