ARTIKEL

Kuching pilihan Discovery Channel Korea Selatan rakam ‘Off The Grid’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Yoo Seung Ho. Foto IG: discoverychannelkr

Discovery Channel Korea Selatan menampilkan aktor, Yoo Seung Ho dalam rakaman filem sinematiknya, Off The Grid yang diadakan di bandar raya Kuching.

Ia merupakan lokasi luar negara pertama penggambaran saluran dokumentari itu dilakukan sejak rakaman tersebut disiarkan.

Off The Grid adalah program realiti yang mempamerkan bintang Korea Selatan itu dalam menjalani kehidupan tanpa sebarang skrip.

Seung Ho yang sebelum ini padat dengan penggambaran, ‘berehat’ seketika dengan kaedah yang berbeza sejak 23 tahun kemunculan pertamanya.

Penggambaran yang dilakukan itu menampilkan Seung Ho sebagai seorang pengunjung luar negara ke Kuching yang kaya dengan alam semula jadi bagi mencerminkan maksud sebenar ‘kehilangan’.

Dalam video teaser berdurasi 55 saat yang disiarkan di platform Youtube, Seung Ho menyelusuri Sungai Sarawak dengan menaiki perahu tambang.

Dengan gaya semula jadi, mengenakan topi dan baju-T berwarna putih sambil menikmati dan mengabadikan pemandangan eksotik terutama ketika matahari terbenam yang indah.

https://www.instagram.com/reel/CmKu5qQO7ED/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

 

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta