ARTIKEL

Omar (duduk tengah) dan Djayang (duduk, tiga kiri) bersama-sama yang lain pada Majlis Makan Malam TDC STU.

Kullin Djayang kekal Presiden STU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kullin Djayang kekal sebagai Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) selepas memperoleh 7,692 undi pada pemilihan Ahli Jawatankuasa STU bagi penggal 2026 hingga 2029.

Pemilihan itu berlangsung sempena Persidangan Perwakilan Trienial (TDC) STU yang turut menyaksikan Yong Sie Hing dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Empat individu dipilih sebagai Naib Presiden iaitu Willis Unjie, Karen Goh, Christopher Tawi dan Elina Sian.

Chung Fui San pula dipilih sebagai Setiausaha Agung selepas memperoleh 7,663 undi, manakala Kenneth Jampang sebagai Timbalan Setiausaha Agung dengan 7,408 undi.

Bagi jawatan Naib Setiausaha, Amelia Andema, Dr Ho Jia Ying, Jimmy Chong Kok Kiong dan Jarod Yong Jik Kam dipilih, manakala Chan Chiew Sze dan Valerie Bong Siaw Fong masing-masing mengisi jawatan Bendahari Agung dan Timbalan Bendahari Agung.

Kullin berkata, kepimpinan baharu STU akan terus berusaha mengekalkan dan menambah baik kebajikan ahlinya.

“Semua guru harus mengambil peluang menjadi ahli STU kerana banyak kelebihan yang boleh dinikmati sepanjang perkhidmatan, antaranya insurans kemalangan bernilai RM50,000 hingga RM100,000.

“Menjadi ahli bukan semata-mata untuk menikmati kelebihan ini, tetapi sebagai tanda sokongan kepada pihak kesatuan yang menjaga kebajikan ahli,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terpilih dan berharap kepimpinan baharu dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin.

Dalam perkembangan sama, Kullin mengingatkan semua ahli supaya terus menjaga profesionalisme sebagai seorang guru.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU