ARTIKEL

Peserta Kursus Enam Sekawan merakam gambar kenangan bersama-sama barisan pemimpin pengakap sejurus tamat program di SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, di sini. Foto Kredit: Fuad Abdullah

Kursus kepimpinan pengakap himpun 228 peserta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 228 murid dan pelajar menjayakan Kursus Enam Sekawan dan Kursus Latihan Ketua Patrol (PLTC) anjuran Persatuan Pengakap Daerah Petra Jaya yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan.

Program kepimpinan yang berlangsung baru-baru ini dimulakan dengan Kursus Enam Sekawan yang membabitkan 147 murid sekolah rendah daripada 12 sekolah bagi melatih asas kepimpinan sebagai Ketua Enam Sekawan.

Barisan pemimpin Pengakap Daerah Petra Jaya mengabadikan kenangan memotong kek bagi menghargai jasa pendidik bersempena sambutan Hari Guru. Foto Kredit: Fuad Abdullah

Program berkenaan turut diteruskan dengan Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil kepada 81 pelajar sekolah menengah yang berjaya menamatkan latihan PLTC, sekali gus memperkasakan kemahiran pengurusan kumpulan (patrol) masing-masing.

Lebih istimewa, kelancaran program dwi-kursus tersebut turut diserikan dengan sambutan ringkas Hari Guru.

Acara memotong kek diadakan sebagai tanda penghargaan kepada barisan pemimpin pengakap daerah yang juga bergelar pendidik atas sumbangan serta pengorbanan mereka.

Hadir memberikan sokongan sepanjang program berlangsung ialah Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Petra Jaya, Mohammad Arnie Mustapha serta Pesuruhjaya Pengakap Daerah Petra Jaya, Hanapi Ahmad.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU