KARYA baharu Siti Nurhaliza berjudul Raya Nak Ke Mana?
bukan untuk bersaing dengan penyanyi lain.
Menurutnya, dia hanya mahu menjadi sebahagian daripada artis yang memeriahkan sambutan Hari Raya dengan mengekalkan konsep lagu Aidilfi tri seperti sebelum ini.
“Lagu-lagu raya saya sebelum ini menjadi siulan, jadi ekspektasi orang terhadap lagu raya saya yang baharu ini tinggi.
“Tapi di hati saya, saya bukan nak bersaing dengan anak muda.
Mereka ada kelebihan sendiri. Saya nak mengekalkan sahaja konsep lagu raya yang saya bawakan sebelum ini,” katanya memetik berita tempatan.



