KUCHING: Laluan ke Lundu, Sematan dan Bau di hadapan SMK Senibong, Lundu akan ditutup sepenuhnya buat sementara waktu pada 17 Februari ini.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, penutupan itu bermula 3 petang hingga 4 petang sepanjang tempoh tersebut untuk kerja-kerja pemasangan kekuda keluli jejantas di hadapan SMK Senibong Lundu.
“Para pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang akan ditutup ini dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan sehingga tamat kerja-kerja pembaikan.

“Pihak kontraktor juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja- kerja ini,” kata JKR dalam satu kenyataan.
Untuk sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, pengguna boleh menghubungi Unit Lebuh raya Pan Borneo Sarawak, JKRS di talian 082-230 879.