ARTIKEL

Mohamad Hasan ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL-27) Malaysia-Brunei, hari ini.

Laluan Sarawak, Sabah-Brunei bakal dipermudah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDAR SERI BEGAWAN: Usaha mempermudah perjalanan penduduk antara Brunei Darussalam, Sarawak dan Sabah, khususnya prosedur di pusat pemeriksaan imigresen, antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL-27) Malaysia-Brunei, di sini, hari ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berkata, perkara itu perlu diteliti bagi melancarkan pergerakan penduduk antara ketiga-tiga wilayah yang ketika ini perlu melalui lapan pusat pemeriksaan imigresen.

Antara yang hadir dalam Mesyuarat Ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL-27).

Sehubungan itu, beliau berkata, kedua-dua negara meminta jawatankuasa teknikal meneruskan perbincangan bagi mengenal pasti kaedah terbaik mempermudah urusan perjalanan tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan kawalan imigresen.

Selain isu perjalanan, mesyuarat turut membincangkan beberapa perkara berkaitan sempadan darat dan laut serta kerjasama sektor minyak dan gas antara Malaysia dan Brunei.

Mohamad berkata, kira-kira 50 peratus isu berkaitan sempadan darat telah diselesaikan, khususnya membabitkan kerja penandaan sempadan di lapangan.

Sementara itu, Mohamad berkata semua perkara berkaitan kerjasama antara PETRONAS Carigali dan Syarikat Minyak Brunei telah diselesaikan.

Tambahnya, pengeluaran gas pertama daripada eksplorasi laut dalam Kledang dijangka bermula pada awal 2029.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira