ARTIKEL

Pasukan Pusat Khidmat P.208 Sarikei, yang diketuai Gung Chiu Kion (dua kiri), mengadakan lawatan tinjauan ke tapak projek laluan berkenaan.

Laluan sepanjang 500 meter ke rumah panjang sekitar Batu Tujuh Desa, Sg. Mador siap dilaksanakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Penduduk rumah panjang di Batu Tujuh Desa, Sungai Mador menarik nafas lega apabila kerja penyelenggaraan laluan sepanjang 500 meter untuk kegunaan harian mereka siap dilaksanakan.

Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii, berkata projek itu penting untuk menghubungkan penduduk dengan jalan besar selain memudahkan mereka membawa keluar hasil pertanian.

Melalui usaha itu, katanya, laluan tersebut kini dapat digunakan dengan lebih selesa berbanding sebelum ini.

“Saya menerima aduan mereka (penduduk) ketika mengadakan lawatan ke kawasan itu baru-baru ini sebelum mengemukakan permohonan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan.

“Tidak lama selepas itu, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan.

“Saya gembira dengan perkembangan projek yang memberi manfaat kepada penduduk Rumah Ingol Sawing itu,” katanya, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan tersebut.

Dalam pada itu, pasukan Pusat Khidmat P.208 Sarikei, yang diketuai Gung Chiu Kion, telah mengadakan lawatan tinjauan ke tapak projek laluan berkenaan semalam.

Tuai Rumah Ingol Sawing, yang mewakili penduduk, mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Tiong Sii yang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang keperluan mereka.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali