MATU: Keadaan banjir di beberapa laluan utama daerah ini beransur pulih dan kini boleh dilalui kenderaan ringan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Leftenan (PA) Jumaat Akasas, berkata setakat ini, paras air menunjukkan sedikit penurunan namun masih dalam keadaan berwaspada.
Ketika ini, katanya, keadaan cuaca di daerah ini mendung disusuli hujan di satu dua tempat.
“Semua laluan utama dapat dilalui semua jenis kenderaan, kecuali jalan Jemoreng Bawang yang masih digenangi air,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.


