ARTIKEL

KEADAAN air di kawasan Jalan Sungai Nyiar yang dinaiki air, hari ini.

Laluan Utama Sungai Nyiar Terputus, Paras Air Terus Meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ROBAN: Tiga kawasan di Roban mula dinaiki air iaitu jalan ke Rumah Panjang Anta Jelupang, Jalan Sungai Nyiar dan Jalan Supok Bratong.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, Nur Athirah Batu berkata, pemantauan dilakukan susulan Monsun Timur Laut (MTL) 2026 di beberapa kawasan berisiko banjir sehingga jam 3.30 petang tadi.

Menurutnya, paras air di jalan ke Rumah Panjang Anta Jelupang direkodkan setinggi 0.022 meter dengan trend air menaik.

“Situasi ini dipengaruhi hujan berterusan serta fenomena air pasang besar. Laluan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, di Jalan Sungai Nyiar pula paras air direkodkan setinggi 0.038 meter dengan trend air menaik sekali gus menyebabkan laluan utama tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Sementara itu, di Jalan Supok Bratong, paras air direkodkan setinggi 0.014 meter dengan trend air beransur surut secara perlahan.

“Laluan setakat ini masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Secara keseluruhan, keadaan masih terkawal dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

“Pemantauan susulan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk setempat,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU