KUCHING: Sistem lampu isyarat di Bulatan 5 di sepanjang Jalan Setia Raja/Stutong kini diaktifkan.
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkaya dengan pengaktifan itu, ia diharap dapat melancarkan aliran trafik di kawasan terbabit terutama pada waktu puncak.
“Walaupun dengan pengaktifan sistem lampu isyarat ini, saya menggesa orang ramai untuk terus memandu dengan lebih berhati-hati kerana tapak di sepanjang laluan Kuching-Samarahan masih dalam pembinaan,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, keseluruhan projek pembinaan lampu isyarat di lima bulatan di sepanjang laluan Kuching-Samarahan adalah mendahului jadual pada kadar 55 peratus, dengan tarikh penyiapan kontrak dijadual pada Januari 2024.
“Saya ingin memuji kerja keras dan komitmen kontraktor untuk menyelesaikan tugas, walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa minggu lepas.
“Juga kepada orang ramai, terima kasih atas kesabaran anda yang berterusan dan mematuhi keselamatan jalan raya semasa proses pembinaan,” katanya.



