ARTIKEL

Lampu LED Jambatan Merah Bintangor kena curi?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Foto yang diambil di tempat kejadian. Kredit Foto : FB Datuk Ding Kuong Hiing.

BINTANGOR: Lampu diod pemancar cahaya (LED) di Jambatan Merah, di sini, lesap awal pagi tadi dipercayai jadi sasaran pencuri.

Sebanyak tiga biji lampu LED berwarna-warni dilaporkan hilang dalam kejadian itu, seperti yang dikongsi oleh Adun Meradong, Datuk Ding Koung Hiing dalam Facebook rasmi beliau.

Sambil meluahkan rasa kesal, Kuong Hiing berkata, kejadian seperti itu amat menyedihkan.

“Pemasangan lampu LED berkenaan adalah untuk tarikan pengunjung ke Bintangor.

“Kemudahan yang disediakan kerajaan itu, perlu dihargai oleh semua pihak demi keindahan Jambatan Merah Bintangor,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa kesal dan marah dengan kejadian terbabit.

Antaranya ada berharap masyarakat sedar dan mempunyai disiplin yang tinggi terhadap harta awam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat