ARTIKEL

Anggota bomba memadam kebakaran yang meranapkan sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan bilik sewa di Jalan 1B, Kampung Pujut Sg Adong, Miri.

Lapan penghuni selamat, rumah dijadikan bilik sewa ranap terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Lapan penghuni daripada dua keluarga terselamat selepas rumah dua tingkat yang dijadikan bilik sewa didiami mereka musnah terbakar di Jalan 1B, Kampung Pujut Sg Adong, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut pada jam 1.28 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan bilik sewa dan struktur bangunan didapati terbakar 100 peratus.

“Kesemua penghuni membabitkan lapan individu daripada dua keluarga dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dibantu BBP Miri Sentral yang dikerahkan ke lokasi bertindak melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,