ARTIKEL

Motosikal ditinggalkan di sekitar kawasan sebuah rumah ibadat di Jalan Lumba Kuda (gambar atas) dan suspek (gambar bawah). | FB Ketua Polis Daerah Kuching

Laporan palsu, pemuda disiasat berkaitan kehilangan motosikal milik datuknya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemuda berusia 20 tahun disiasat susulan membuat laporan palsu bahawa motosikal milik datuknya hilang dicuri sekitar Jambatan Bintawa, di sini, Isnin lalu.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati suspek hanya mereka-reka cerita, sebaliknya motosikal tersebut hanya ditinggalkan di sekitar kawasan sebuah rumah ibadat di Jalan Lumba Kuda.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam (18 Okt).

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang laporan palsu yang boleh memberi gambaran negatif terhadap kejadian jenayah di daerah ini.

“Pihal polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang berbuat demikian,” katanya ringkas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU