ARTIKEL

Larian santai diserikan juadah tradisional tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Penganjuran Fun Run Gedong 2025 bukan sahaja disemarakkan dengan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat, malah diserikan dengan keunikan Stesen Makanan (Food Station) yang menjadi tarikan utama dalam acara tersebut.

Acara yang bermula seawal jam 6.30 pagi di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong itu berjaya menarik lebih 700 peserta pelbagai lapisan umur sekali gus menyertai larian sejauh lima kilometer di sekitar kawasan Gedong.

Menambah keistimewaan pada acara kali ini, beberapa Stesen Makanan disediakan sepanjang laluan larian, menampilkan pelbagai juadah tradisional tempatan seperti cucur bauk, lemang Betawi, kuih bongkol, roti jala, kuih seri muka serta pelbagai minuman.

Sehubungan itu, Pengerusi penganjur Maharthir Oyak berkata Stesen Makan diperkenalkan sebagai elemen baharu dalam penganjuran larian santai ini untuk mempromosikan makanan tradisional serta memberi pengalaman unik kepada para peserta.

Sekitar rakaman kenangan semasa penganjuran Fun Run Gedong 2025, di sini, semalam. FOTO UKAS

“Kita mahu peserta menikmati bukan sahaja suasana kampung yang indah tetapi juga makanan warisan tempatan yang lazat.

“Ini juga satu cara memperkenalkan budaya tempatan kepada pengunjung dari luar Gedong,” katanya.

Pelepasan Fun Run telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee bersama Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Seri Naroden Majais.

Fun Run Gedong 2025 merupakan salah satu pengisian program sempena Pesta Gedong Edisi Kedua yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Julai ini.

Selain larian, acara tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk senamrobik dan cabutan bertuah yang mendapat sambutan hangat daripada peserta dan pengunjung.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha