ARTIKEL

Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. - Bernama

Laut China Selatan Mesti Kekal Sebagai Perairan Aman – Marcos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. pada Jumaat menegaskan bahawa kawasan kaya dengan sumber iaitu Laut China Selatan  tidak boleh sesekali menjadi zon konflik, sebaliknya perlu kekal sebagai “perairan yang aman, menggalakkan kerjasama, dan memupuk  kesalinghubungan.”

Agensi Berita Filipina (PNA) melaporkan Marcos, yang berucap semasa resepsi diplomatik sempena ulang tahun ke-10 keputusan timbang tara 2016, menyeru semua pihak berkepentingan – termasuk kerajaan, diplomat dan rakyat – untuk menegakkan keputusan berkenaan serta kedaulatan undang-undang sebagai asas kepada keamanan dan kestabilan.

“Kami memegang satu keyakinan yang mudah tetapi teguh. Laut China Selatan tidak boleh sesekali menjadi medan konflik.

Ia mesti kekal sebagai laut yang aman, menggalakkan kerjasama dan memupuk kesalinghubungan, sebuah kawasan perairan yang menyara kehidupan, menggalakkan perdagangan, melindungi kepelbagaian biologi marin, serta menyatukan dan bukannya memecahbelahkan negara kita,” kata Marcos.

Beliau menambah bahawa Filipina kekal komited terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), selain terus mengadakan libat urus yang membina dengan negara-negara lain. – BERNAMA-PNA

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,