MIRI: Seramai 77 pelajar dan empat guru dari Kelab Penyelidikan Tingkatan Enam SMK Lutong yang diketuai Pui Min Yen selaku Ketua Guru Penasihat bersama Cikgu Dr Brenda Bangi Jin, Cikgu Cynthia Abus dan Cikgu Zamri Hermanden melakukan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong hari ini.
Semasa berada di BBP Lutong mereka telah mengadakan aktiviti mengecat ‘Sudut Go Green’, Lukisan Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak (3K), mengecat depan kepala jentera, dinding bentuk susun batu bata dan gotong royong membersihkan pokok bunga dan parit.
Selain daripada itu juga, mereka mendengar ceramah keselamatan kebakaran.
Mereka juga tmenymbang sepuluj pasu bunga kepada BBP Lutong.
PBT II Henry Jugah memuji usaha murni SMK Lutong kerana sudi membantu pihak Bomba Lutong melalui program tersebut.
Beliau bangga kerana balai lebih ceria yang memeriahkan suasana balai.
Turut hadir, PBK II Ramli SahariI selaku Penyelia Pasukan Alpha, PBK II Mohammad Faizul Ali selaku Penyelia Pasukan Charlie dan PB Stephen Saga.



