ARTIKEL

Abang Johari memukul beduk sebagai simbolik menandakan waktu berbuka puasa pada Majlis Iftar LCDA Darul Hana 1447H/2026M di Hotel The Waterfront.

LCDA serah zakat perniagaan RM1.78 juta kepada TBS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih RM1.78 juta diserahkan kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sebagai bayaran zakat perniagaan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) pada tahun ini.

Pengurus Besar LCDA Datuk Sr Zaidi Mahdi menyampaikan zakat tersebut kepada Pengurus Besar TBS Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie menerusi Majlis Iftar LCDA Darul Hana 1447H/2026M di Hotel The Waterfront di sini, pada Khamis.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyerikan majlis, sekali gus menyaksikan penyampaian cek cura berkenaan.

Abang Johari menyaksikan penyerahan cek oleh LCDA kepada TBS.

Dalam majlis yang sama, Abang Johari berkesempatan menyempurnakan penyampaian Sumbangan Hari Raya berjumlah RM25,000 kepada asnaf.

Seramai 125 penerima dari 13 buah kampung dalam kawasan Projek Pembangunan Darul Hana menerima sumbangan berkenaan dengan masing-masing menerima sejumlah RM200.

Pada masa yang sama, program turut meraikan Sambutan Ulang Tahun LCDA ke-45 dengan tema 45 Tahun LCDA Bersama Komuniti.

Majlis yang dihadiri sekitar 700 tetamu ini menjadi platform menghargai sokongan dan kerjasama kakitangan LCDA, ketua-ketua masyarakat, agensi dan jabatan Kerajaan serta pihak media sepanjang tempoh 45 tahun.

LCDA dalam satu kenyataan berkata, majlis ini mencerminkan komitmen berterusan untuk terus menerajui pembangunan komuniti Darul Hana yang inklusif, mapan dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Usaha ini selaras dengan peranan LCDA sebagai agensi pembangunan berteraskan rakyat.

Sementara, majlis merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan LCDA bagi meringankan beban golongan memerlukan sempena Ramadan dan persiapan Aidilfitri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU