ARTIKEL

Lebih 1.9 juta penduduk dunia sudah dijangkiti COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Kes jangkitan COVID-19 global sudah melepasi 1.9 juta pada Isnin dengan angka korban mencecah 118,459 orang manakala pesakit yang sembuh seramai 446,002, lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University.

Dengan sejumlah 1,904,566 kes direkodkan di seluruh dunia, setengah juta jangkitan dicatatkan di AS – lebih 572,000 kes.

AS juga mencatatkan jumlah korban teramai melebihi 23,000 orang selain menjadi pusat penularan wabak baharu, disusuli Itali dengan 20,465 kematian.

Sepanyol pula negara kedua melaporkan kes tertinggi, 169,496. Sementara China, dengan 3,345 kematian dan lebih 83,200 kes.

Baru-baru ini, menurut data Hopkins, kematian setiap hari di China kekal pada nombor tunggal dan lebih 78,000 pesakit sembuh.

Virus kini merebak ke 185 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember.– BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road