AMBYRHYNA JAMBING (Pelatih UiTM)
KUCHING: Seramai 100,056 ibu telah menerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) menerusi inisiatif digital Kerajaan Sarawak yang kini dilaksanakan melalui SPay Global sejak 15 April lalu.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pelaksanaan itu bertujuan meningkatkan kecekapan, kelajuan dan ketelusan selaras dengan usaha memperkasakan kesejahteraan komuniti.
Mengulas lanjut, beliau berkata proses daripada permohonan hingga pembayaran telah dipendekkan daripada tiga bulan kepada hanya dua minggu.
“Ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam menjadikan bantuan kerajaan lebih mudah diakses, inklusif dan mesra pengguna.
“Ia juga bagi menangani cabaran di peringkat akar umbi, khususnya bagi ibu yang tidak mempunyai akaun bank, tidak dapat membuka akaun bank atau masih di bawah umur,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
Dalam pada itu, Fatimah berkata melalui inisiatif ini, kementeriannya menyasarkan untuk meningkatkan lagi permohonan BIB daripada 83 peratus pada tahun 2025 kepada sekurang-kurangnya 90 peratus.
Katanya, langkah itu bagi memastikan lebih ramai ibu yang layak menerima bantuan secara tepat pada masanya untuk meringankan perjalanan keibuan mereka, selain memastikan lebih ramai ibu dan bayi baharu lahir menerima penjagaan dan sokongan sewajarnya.
“Justeru, dalam usaha menangani kekangan capaian internet, kementeriannya akan terus menyediakan saluran permohonan secara manual dengan pembayaran terus ke akaun bank bagi memastikan tiada penerima yang layak tercicir,” katanya.
Selain itu, setakat 12 Mei, seramai 5,975 daripada 6,059 ibu bapa dan penjaga telah menggunakan aplikasi MySeDidik untuk memantau kehadiran, aktiviti harian dan perkembangan anak-anak mereka, sekali gus meningkatkan ketelusan serta kepercayaan antara ibu bapa dan pendidik.
Menurut Fatimah, ia bagi memperkukuh ekosistem pendidikan awal kanak-kanak yang lebih selamat, responsif dan berpusatkan kanak-kanak.
“Sejak Januari lepas, SeDidik telah melaksanakan transformasi digital melalui pengenalan MySeDidik, iaitu ekosistem digital bersepadu yang digunakan di semua 107 pusat SeDidik di seluruh negeri.
“Ia bagi mempertingkatkan pemodenan serta penyampaian perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Pelabur China Berminat Bawa Pelaburan Aluminium Berskala Besar Ke Sarawak – Ahmad Zahid
BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelabur China menunjukkan minat untuk membawa pelaburan berskala besar dalam sektor pengeluaran aluminium ke

