ARTIKEL

Wee merakam gambar kenangan bersama-sama kakitangan Farley Kuching, tetamu kehormat yang lain serta peserta cilik Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Farley, di sini, hari ini. GAMBAR: MOHD ALIF NONI

Lebih 1,200 Kanak-Kanak Meriahkan Pertandingan Mewarna Farley Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Farley menjadi gambaran ‘Sarawak mini’ apabila menghimpunkan lebih 1,200 peserta daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, penganjuran program ini bukan sekadar memberi ruang kepada kanak-kanak untuk bertanding, tetapi turut memperlihatkan keharmonian masyarakat Sarawak melalui penyertaan keluarga daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia.

“Warisan ini tidak mudah untuk diteruskan, tetapi saya yakin di Sarawak, ia sudah menjadi cara hidup semua generasi dan saya berharap ia akan terus diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya,” katanya ketika merasmikan pertandingan itu, di Farley Kuching, di sini, hari ini.

Wee turut menekankan penganjuran pertandingan tersebut selari dengan komitmen Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam menyokong Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) di bawah UNICEF.

“MBKS mahu setiap kanak-kanak di Kuching membesar di bandar yang bukan sahaja selamat, sihat dan bersih, tetapi juga bahagia.

“Menerusi inisiatif ini, kita berusaha memastikan kanak-kanak mempunyai taman yang selamat untuk bermain, persekitaran yang bersih untuk didiami, jalan raya yang lebih selamat, aktiviti sihat serta peluang untuk berkongsi idea dan suara mereka,” tegasnya.

Mengulas lanjut, katanya, MBKS turut menganjurkan pelbagai program untuk kanak-kanak termasuk aktiviti pendidikan, alam sekitar, sukan, kesedaran keselamatan jalan raya, kempen kitar semula, gaya hidup sihat serta pertandingan kreatif seperti pertandingan mewarna.

Wee turut mengingatkan ibu bapa bahawa kata-kata dorongan yang ringkas mampu memberi kesan besar kepada motivasi kanak-kanak.

“Ungkapan seperti ‘bagus’, ‘syabas’ dan ‘saya bangga dengan kamu’ mampu membuatkan kanak-kanak berasa dihargai serta lebih bersemangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati kanak-kanak supaya sentiasa berani mempunyai impian besar, bersikap baik hati, menghormati ibu bapa, guru dan rakan-rakan, selain mencintai alam sekitar.

“Kanak-kanak harus menjaga kesihatan dan keselamatan diri, makan makanan berkhasiat, bermain di luar rumah serta meluangkan masa bersama-sama keluarga dan rakan,” tambahnya.

Sementara itu, Wee turut menggalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan lebih aktif dalam menganjurkan program bermakna kepada masyarakat, khususnya kanak-kanak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,