ARTIKEL

Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Karnival Kebudayaan Cita Rasa Borneo di Miri, hari ini.

Lebih 300 acara komuniti dianjurkan di Sarawak setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sarawak mencatatkan penganjuran lebih 300 acara setahun yang disokong kerajaan negeri, dengan hampir setiap hari terdapat program dilaksanakan di pelbagai peringkat masyarakat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia mencerminkan tahap aktiviti komuniti, budaya dan sukan yang sangat aktif di seluruh negeri.

“Tahun lalu sahaja sebanyak 305 acara dianjurkan di seluruh negeri. Jadi, dikira dalam setahun ada 365 hari, bermakna hampir setiap hari ada acara yang disokong oleh kementerian.

“Jumlah tersebut menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyokong ekosistem acara di Sarawak yang meliputi program budaya, sukan dan aktiviti komuniti,” katanya pada sidang media Karnival Kebudayaan Cita Rasa Borneo di sini, hari ini.

Menurutnya, jumlah penganjuran acara pada tahun ini dijangka terus meningkat memandangkan Sarawak berada dalam fasa penganjuran pelbagai program berskala besar serta peningkatan penyertaan komuniti.

“Saya percaya untuk tahun ini juga, jumlah acara yang akan disokong oleh kementerian akan melebihi 300 acara,” ujarnya.

Beliau memberitahu, semua permohonan peruntukan acara akan dinilai oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap kementerian, termasuk melalui proses pembentangan sebelum keputusan dibuat.

“Jawatankuasa tersebut akan menentukan jumlah peruntukan yang sesuai sebelum dibawa untuk kelulusan kementerian, manakala kebanyakan keputusan akan diluluskan berdasarkan syor jawatankuasa.

“Sekiranya pihak penganjur tidak berpuas hati dengan jumlah yang diluluskan, mereka masih boleh mengemukakan rayuan untuk pertimbangan semula,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa selain dana acara, kerajaan juga menyediakan Dana Mudah Cara bagi memperkasa aktiviti budaya pelbagai etnik di Sarawak secara lebih tersusun.

“Kerajaan Sarawak juga menetapkan keperluan agar setiap penganjuran acara melalui saluran pentadbiran di peringkat bahagian atau pihak berkuasa tempatan bagi memastikan penyelarasan lebih teratur serta mengelakkan pertindihan permohonan kepada kementerian.

“Pendekatan itu penting memandangkan Sarawak mempunyai lebih 5,000 kampung termasuk rumah panjang serta pelbagai komuniti etnik yang memerlukan pengurusan acara secara tersusun,” katanya lagi.

Beliau menegaskan setiap permohonan perlu dinilai berdasarkan keutamaan dan peruntukan kerajaan bagi memastikan dana dapat diagihkan secara seimbang kepada semua komuniti tanpa menjejaskan keberkesanan pengurusan acara.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU