ARTIKEL

Pengarah Kementerin Perdagagan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin. -Foto Bernama

Lebih 300 Pegawai KPDN Sarawak Pantau Bekalan, Harga 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menggerakkan 207 pegawai penguat kuasa dan 101 pegawai pemantau harga di lokasi strategik seluruh negeri itu bagi memantau keberadaan bekalan serta pematuhan harga.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata pemeriksaan dilaksanakan di pasar awam, pasar tani, pasar tamu dan pusat beli-belah.

“Pemeriksaan dijalankan bagi memantau ketidakpatuhan atau menyiasat aduan pengguna supaya pelanggaran oleh peniaga boleh diambil tindakan mengikut perundangan ditetapkan.

“KPDN Sarawak juga akan mempertingkatkan keberadaan pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga di lokasi tumpuan pengguna bagi mewujudkan persekitaran perniagaan dan aktiviti beli-belah yang selamat dan beretika,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bermula 1 Jan hingga 27 Mei lepas, pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak telah menjalankan pemeriksaan ke atas 61,257 premis di seluruh negeri.

“Hasil pemeriksaan itu, sebanyak 965 kes direkodkan dengan nilai rampasan berjumlah RM12,478,402 serta nilai kompaun sebanyak RM228,400,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata KPDN melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Gawai 2026 berkuat kuasa 27 Mei hingga 4 Jun ini.

Sebanyak 12 jenis barangan dikawal dan diwartakan sebagai barangan harga terkawal sempena pelaksanaan SHMMP Hari Gawai 2026 di Sarawak. – BERNAMA

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,