ARTIKEL

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. | Foto: UKAS SITI NURAIN RATANI

Lebih 6,000 Pelawat Australia, New Zealand Kunjungi Sarawak Dalam Tempoh Tiga Bulan Pertama Tahun Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 6,000 pelawat dari Australia dan New Zealand direkodkan berkunjung ke Sarawak dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sekali gus mencerminkan potensi besar pasaran Oceania kepada industri pelancongan negeri.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pasaran Oceania khususnya Australia dan New Zealand semakin penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan Sarawak.

“Dengan mengoptimumkan hubungan penerbangan sedia ada, pemasaran bersasar dan produk pelancongan khusus, Sarawak mampu memperkukuh kehadiran pelawat dari dua negara ini dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Sarawak juga mempunyai hubungan sejarah yang kukuh dengan Australia dan New Zealand melalui acara peringatan perang.

“Sebagai contoh, Operasi Semut yang melibatkan tentera Australia semasa Perang Dunia Pertama dikenang melalui pelbagai acara peringatan dan dianggap sebagai asas kepada kerjasama pertahanan moden di antara Australia dengan Malaysia.

“Dengan memanfaatkan naratif sejarah ini, Sarawak boleh terus memperkukuh daya tarikannya kepada pelawat dari rantau Oceania, khususnya mereka yang berminat dalam sejarah, warisan dan pengalaman pelancongan berasaskan peringatan sejarah,” jelasnya.

Menjelas jumlah pelancong perubatan yang mendapatkan perubatan di Sarawak, Abdul Karim berkata Indonesia kekal sebagai pasaran sumber utama bagi sektor ini.

Katanya, laporan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) mendedahkan bahawa Sarawak merekodkan lebih 104,000 pelancong perubatan pada 2025, peningkatan ketara sebanyak 26.16 peratus berbanding 2024.

Selain itu, katanya edupelancongan merupakan satu lagi sektor strategik yang berpotensi diberi tumpuan oleh Sarawak.

Berdasarkan statistik pas pelajar yang diluluskan, jelasnya jumlah pelajar dari luar Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan meningkat daripada 2,183 pada 2024 kepada 2,295 pada 2025.

Justeru kata Abdul Karim, Sarawak akan terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) dengan memanfaatkan infrastruktur bertaraf dunia serta warisan budaya unik untuk menarik acara perniagaan antarabangsa berimpak tinggi.

Jelasnya, Sarawak mempelopori perubahan dalam industri MICE dengan mengalihkan fokus daripada ‘perbelanjaan pelancong’ kepada ‘impak legasi’ yang memastikan setiap acara memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU