BALINGIAN: Pusat Khidmat N.58 Balingian yang diketuai oleh Che Ghazali Arbi dan Tuai Rumah Boney Kinsun mengagihkan 416 pek makanan kepada 18 buah rumah panjang serta penduduk di Bayan Tasik dan Sungai Liok di sini kelmarin.
Dewan Serbaguna Bayan Tasik sebagai lokasi agihan makanan yang melibatkan penduduk dari Rumah Panjang Vincent, Tinggom, Elizabert Payong, Harry, Manggi, Seliau, Albin, Kasit, Tan, Ngelayang, Jugah, Renang, Bansan, Raweng, Kampung Matading Kecil, Dadom, Boney Kinsun dan Rumah Aji.
Menurut Che Ghazali, penduduk di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang membantu mereka mengurangkan beban harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Mereka amat menghargai sumbangan tersebut kerana mengakui kesukaran mendapatkan bekalan sepanjang tempoh PKP ini,” katanya.

