ARTIKEL

Legasi Bantu Perkukuh Perancangan Kewangan Keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Inisiatif i-Legasi disifatkan sebagai langkah yang baik dan wajar dalam membantu pencarum merancang masa depan kewangan keluarga, kata Pensyarah Jabatan Perdagangan (Bidang Kewangan) Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS), Afifah Bolhassan.

Beliau berkata, menerusi i-Legasi, pencarum bukan sahaja dapat menyediakan perlindungan kewangan jangka panjang, malah membantu memastikan simpanan persaraan ahli keluarga lebih terjamin dan selesa pada masa hadapan.

“Wang yang dipindahkan menerusi inisiatif ini juga hanya boleh dikeluarkan selepas penerima mencapai had umur yang ditetapkan.

“Langkah ini penting bagi memastikan perancangan ibu bapa kekal terpelihara sebagai simpanan persaraan dan tidak dibelanjakan sewenang-wenang dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Menurut beliau, inisiatif i-Legasi juga selaras dengan pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’ kerana memberi ruang kepada pencarum membuat persediaan awal demi kebajikan generasi akan datang.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan aspek perlindungan terhadap pencarum turut diberi perhatian menerusi syarat yang ditetapkan.

Katanya, hanya pencarum yang mempunyai simpanan melebihi paras simpanan mencukupi dibenarkan menyertai inisiatif tersebut bagi memastikan kedudukan kewangan pemberi tidak terjejas pada masa hadapan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat