ARTIKEL

Kredit: IPD Jeli

Lelaki acu parang ditahan, seorang anggota polis cedera ketika pergelutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang lelaki disyaki aktif mengedar dadah ditahan selepas mengacukan parang kepada polis dalam serbuan di Kampung Lubok Bongor, Jeli, semalam.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata kejadian kira-kira 11 pagi itu berlaku ketika polis menyerbu sebuah rumah tanpa nombor, sebelum suspek mengeluarkan parang dan mengugut untuk menyebabkan kematian.

Pergelutan berlaku ketika polis cuba menahannya menyebabkan seorang anggota cedera pada jari tengah tangan kiri dan bahu kiri.

Suspek kemudian berjaya ditahan tanpa kecederaan lebih serius.

Polis merampas sebilah parang berukuran kira-kira 36 sentimeter termasuk hulu serta plastik mengandungi enam pil kemerahan disyaki yaba yang ditemukan dalam beg pinggang hitam.

Suspek turut dikehendaki berkaitan kes ugutan menggunakan parang pada 19 Ogos lalu dan disiasat mengikut Seksyen 324 serta 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU