ARTIKEL

Lelaki bawah pemantauan Covid-19 ditemui mati dalam tandas hospital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang berada di bawah pemantauan (PUI) COVID-19, ditemui meninggal dunia di tandas wad Hospital Serdang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mayat pesakit berusia 62 tahun itu ditemui pada jam 7.40 malam di dalam tandas hospital tersebut.

“Pesakit dimasukkan ke hospital pada Khamis lepas dan kematian pesakit dimaklumkan kepada pihak polis yang bertugas di pondok polis di hospital berkenaan oleh jururawat.

“Mayat akan diuruskan oleh pihak Hospital Serdang dan polis juga telah merakam percakapan dari pengadu, jururawat hospital, saksi lain serta waris mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sepanjang menjalankan tugas, pihak polis turut dibekalkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk keselamatan bagi merakam gambar di tempat kejadian dari jarak jauh.– BERNAMA

Suara Sarawak/ New Sarawak Tribune e-paper

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat