Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Lelaki berusia 99 tahun yang dipercayai hilang di Bario ditemui selamat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BARIO: Seorang lelaki warga emas berusia 99 tahun yang dikhuatiri hilang ketika keluar mencari kayu api di hutan pada Khamis lalu akhirnya ditemui selamat, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong menerusi satu kenyataan mengesahkan mangsa berjaya dikesan oleh sepasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam radius dua kilometer daripada rumah mangsa sekitar jam 1.25 petang.

Menurutnya, mangsa dilaporkan hilang pada Khamis setelah tidak pulang dari mencari kayu api berhampiran hutan Arur Ritan Pa Lungan.

“Pasukan SAR berjaya menjejaki mangsa menerusi bekas tapak kakinya dari rumah ke tempat kejadian.

“Mangsa ketika ditemui berada dalam keadaan selamat sebelum dibawa balik semula ke rumah oleh pasukan operasi,” jelasnya.

Tambahnya, difahamkan perjalanan darat daripada Marudi menuju ke lokasi kejadian mengambil masa dua hari untuk sampai ke destinasi.

Terdahulu, pasukan SAR terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Bomba Sukarela Bario, Bomba Komuniti Pa’Lungan serta penduduk kampung berdekatan.

Baca lain  Anggota polis dipenjara dua tahun, denda RM10,000 kerana cuai sebabkan rakan sekerja maut
SELAMAT… Mangsa ditemui dalam keadaan selamat sebelum dibawa pulang semula ke rumahnya oleh pasukan SAR

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru