ARTIKEL

Lelaki bunuh 20 orang di kedai Walmart

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

EL PASO: Seorang lelaki bersenjatakan raifal membunuh 20 orang pada Sabtu dalam insiden tembakan rambang kearah pengunjung di kedai Walmart di Texas, dalam pembunuhan beramai-ramai terkini di Amerika Syarikat.

Presiden Donald Trump menerusi Twitter, turut mengutuk tindakan itu sebagai satu tindakan pengecut.

Sementara itu, pihak polis pula menyiasat tentang kemungkinan jenayah kebencian, dan banyak pihak menggesa agar keganasan bersenjata segera dibendung.

Ia adalah kejadian tembakan rambang kedua dengan ramai terkorban dalam masa kurang seminggu di kedai Walmart di AS selepas tembakan beramai-ramai di California, hujung minggu lalu.

Seorang suspek telah ditahan dan pihak berkuasa masih menyiasat sebuah manifesto ekstremis yang kononnya ditulis oleh lelaki bersenjata terbabit.

Rakaman pada kamera telefon menunjukkan beberapa mayat bergelimpangan di tempat letak kereta di kedai berkenaan, sementara rakaman lain menunjukkan pengunjung kedai bertempiaran lari daripada kedai ketika tembakan dilepaskan.

“Seramai 20 orang yang tidak bersalah dari El Paso telah terkorban,” kata kata Gabenor Texas, Greg Abbott pada sidang media.

Ketua Polis Greg Allen mengesahkan bahawa selain 20 mangsa maut, 26 orang lagi cedera.

Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador berkata, tiga warga Mexico terbunuh dan Menteri Luar Marcelo Ebrard berkata di Twitter, enam yang lain cedera.

Pelbagai laporan berita mengatakan bahawa umur mangsa yang dirawat di hospital adalah antara dua hingga 82 tahun.

Menurut polis, Walmart mempunyai kapasiti pelanggan 1,000 hingga 3,000 orang di dalamnya ketika insiden tembakan berlaku.

Polis mengesahkan seorang individu berusia 21 tahun dari Allen, Texas, adalah satu-satunya suspek yang ditahan. Media AS mengenal pasti individu itu sebagai Patrick Crusius, seorang warga kulit putih. Dia menyerah diri kepada polis kira-kira satu blok dari Walmart.

Ia merupakan minggu terburuk untuk keganasan bersenjata di AS.

Pada Selasa, dua orang maut dan seorang pegawai polis cedera di sebuah Walmart di Mississippi.

Sementara itu, Ahad lalu seorang lelaki bersenjata berusia 19 tahun melepaskan tembakan di sebuah festival makanan di utara California, membunuh tiga orang, termasuk dua kanak-kanak. – AFP

Foto FBI

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road