ARTIKEL

Lelaki dicekup polis, miliki dan disahkan positif dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT: Seorang lelaki berusia 30 tahun dicekup polis di sini pada Rabu kerana memiliki, selain positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superintenden Rohana Nanu berkata, suspek merupakan lelaki tempatan dan penganggur telah diperiksa pada jam 3.30 petang oleh sepasukan polis ketika berada di Jalan Tan Sit Leong dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa kejadian, anggota polis Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan suspek yang dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu yang dianggarkan seberat 1 gram bernilai RM100,” jelas beliau menerusi satu kenyataan, hari ini (Khamis).

Beliau juga berkata, suspek mengaku dadah yang dirampas polis adalah miliknya.

“Suspek kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kapit untuk urusan dokumentasi dan siasatan selanjutnya,” jelas beliau.

Rohana memberitahu hasil pemeriksaan air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB), Seksyen 15(1)(a) ADB, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

“Untuk Seksyen 15(1) boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya,” tegas Rohana.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU