ARTIKEL

Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan membunuh kenalannya susulan pertelingkahan berkaitan telefon bimbit, minggu lepas. Saiful Hadi Othman, 44, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Muhamad Hanafi Yusof, 25, di sebuah rumah di Sungai Udang di sini antara 7.58 malam hingga 8.15 malam pada 11 Mac lepas. Gambar Bernama

Lelaki Didakwa Bunuh Kenalan Susulan Pertelingkahan Berkaitan Telefon Bimbit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini atas pertuduhan membunuh kenalannya susulan pertelingkahan berkaitan telefon bimbit, minggu lepas.

Saiful Hadi Othman, 44, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Muhamad Hanafi Yusof, 25, di sebuah rumah di Sungai Udang di sini antara 7.58 malam hingga 8.15 malam pada 11 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun serta maksimum 40 tahun, dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati boleh dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Sulaiman namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif manakala Saiful Hadi tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 29 April depan untuk sebutan semula kes. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road