ARTIKEL

Gambar Hiasan

Lelaki didenda beli tiket loteri tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana membeli tiket loteri awam tanpa lesen di sebuah kedai makan di Jalan Pending, Sabtu lalu.

Wong Hai Sing, 35, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana membeli tiket loteri awam tanpa lesen di sebuah kedai makan, Jalan Pending, kira-kira jam 12.40 tengah hari, 13 Januari lalu.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan polis telah membuat serbuan di sebuah premis makan di Jalan Pending lalu menahan tertuduh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pembelian tiket loteri haram.

Barang-barang tertuduh turut dirampas seperti sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM22.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah terlibat dalam pembelian tiket loteri haram dan barang kes yang dirampas disahkan positif untuk aktiviti perjudian.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road