ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki Didenda RM3,000 Atau Penjara Lapan Bulan Selepas Mengaku Salah Ambil Dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu pada 2023.

Tertuduh, 23, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama kerana terlibat dalam pengambilan dadah jenis syabu.

Dia melakukan kesalahan itu ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sekitar 5.20 petang, pada 12 Oktober 2023.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun serta pengawasan bagi tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan selama tiga tahun serta hukuman penjara dilaksanakan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan oleh sepasukan polis dari JSJN IPD Kuching sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Hasil ujian awal mendapati sampel urin tertuduh positif dadah jenis syabu sebelum sampel tersebut dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak untuk analisis lanjut.

Laporan analisis kemudiannya mengesahkan sampel urin tertuduh mengandungi amphetamine dan methamphetamine yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium