ARTIKEL

Lelaki dikhuatiri hilang ketika menjala di Telaga Air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Firasat tidak sedap hati abang menjadi kenyataan setelah adiknya dikhuatiri hilang ketika menjala udang di Sungai Loba Rambungan Trombol Telaga Air Matang, semalam.

Abang mangsa, Ramli Mohamed berkata, adiknya yang dikenali sebagai Mohamed Ekhwan Mohamed, 64 tahun telah keluar rumah untuk menjala udang di jambatan Loba sekitar jam 3 petang pada Isnin.

Menurutnya, beliau terus mencari mangsa setelah adiknya tidak pulang selepas pergi menjala di kawasan terbabit.

Dedahnya, laporan polis terus dibuat pada jam 6 petang setelah kelibat mangsa tidak ditemui namun peralatan menjala miliknya masih tersadai di lokasi kejadian.

Susulan itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kejadian sekitar jam 11.30 hari ini.

Katanya, seramai empat anggota Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sarawak yang diketuai oleh PPgB Azie Kaya telah dikerahkan ke lokasi bagi operasi mencari mangsa.

Dalam pada itu, operasi turut dibantu oleh beberapa anggota daripada Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan penduduk kampung sekitar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU