ARTIKEL

Lelaki dipenjara 20 bulan pecah masuk kedai barang terpakai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Majistret hari ini kerana memecah masuk sebuah kedai menjual barang terpakai pada Ogos lalu.

Rufika Mohamad, 45, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pecah masuk sebuah kedai menjual barang terpakai di Jalan Rock, sekitar jam 12.58 tengah malam, 2 Ogos lepas.

Fakta kes mendedahkan pemilik kedai dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa kedai telah dipecah masuk dan beberapa barang telah hilang.

Antara barang yang hilang ialah tiga set bateri gerudi, seunit alat penguat bunyi, dua unit audio kereta, dua bilah samurai, empat bilah parang panjang ilang (Iban) dan dua bilah keris.

Laporan polis dilakukan seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Hasil siasatan mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan perbuatan tertuduh memecah masuk dan mencuri.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Siti Radhiah Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira