ARTIKEL

ACP Mohd Farhan Lee Abdullah.

Lelaki dipenjara enam bulan simpan motosikal curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan harta curi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata tertuduh berusia 31 tahun didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan atau menerima harta curi.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 7 pagi pada 12 Mei lalu, pemilik motosikal Yamaha Y15ZR mendapati kenderaannya yang diparkir di hadapan rumahnya hilang sebelum mengesyaki ia dicuri.

“Hasil siasatan dijalankan, polis berjaya mengesan motosikal berkenaan pada 26 Jun lalu sebelum menahan tertuduh dan merampas motosikal terbabit sebagai barang kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Farhan berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan harta benda, khususnya motosikal, dengan memasang kunci tambahan atau alat penjejak Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Langkah pencegahan itu katanya tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding nilai harta benda dan mampu membantu mengurangkan risiko kecurian.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri atau balai polis berhampiran bagi membantu usaha membanteras jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU