ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki dipenjara selepas mengaku bersalah bunuh kucing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 38 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 11 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah membunuh seekor kucing menggunakan kayu, tahun lalu.

Shaifulnizam mengaku bersalah di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nadzwa Radzali atas pertuduhan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu dilakukan pada 30 Disember 2025, kira-kira jam 12.17 tengah hari, di sebuah kedai dobi berhampiran Jalan Astana.

Video yang dimuat naik di Facebook memaparkan lelaki berkenaan memukul seekor kucing yang sedang tidur sehingga mati, sekali gus menimbulkan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial.

Pengadu kemudian membuat laporan polis dan pada 1 Januari, polis menahan Shaifulnizam serta merampas beberapa barangan termasuk kayu, beg galas, pakaian dan seluar denim.

Semua barangan yang dirampas sepadan dengan individu dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Siasatan mendapati lelaki itu memukul kucing tersebut sekali sehingga mati, dipercayai akibat rasa tidak puas hati selepas digigit kucing di kawasan sama sebelum ini.

Seorang saksi turut membantu menanam bangkai haiwan tersebut.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Safly Nor Kazly, manakala Shaifulnizam tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU