ARTIKEL

Reman bunuh: Suspek dibawa keluar oleh anggota polis dan Pegawai Penyiasat ASP Sylvarius Gopog (kanan).

Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita di Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang bekas penjenayah kes rogol diperintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita yang ditemukan mati dalam keadaan terjerut kain di dalam sebuah bilik sewa di Batu Kawa, awal Februari lepas.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mason Jaro Lenya Barayan terhadap suspek yang berusia 25 tahun mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Mason memerintahkan suspek yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah tapak pembinaan itu ditahan reman bermula 22 hingga 28 Mac depan.

Permohonan reman dilakukan Pegawai Penyiasat ASP Sylvarius Gopog.

Suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis pada petang, semalam (20 Mac).

Terdahulu, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah bilik sewa di Batu Kawa, sekitar 2 petang, 6 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat